KemanusiaanKerohanian

Yayasan Mualaf ajak jayakan kempen prihatin barisan hadapan

Untuk beli peralatan PPE

KAJANG : Yayasan Mualaf Malaysia, mengajak orang ramai untuk membantu menjayakan program Kempen Prihatin Barisan Hadapan anjuran yayasan itu untuk membeli peralatan PPE.
Menurut Pengerusi Yayasan Mualaf Malaysia, Shila Lama, bagi merealisasikan tujuan itu Yayasan bekerjasama dengan Pertubuhan Kebajikan Mohd Chan Abdullah.
Restoran Mohd Chan akan menyediakan 4,000 set pek makanan nasi ayam dengan setiap satu set berharga RM13.
Katanya daripada pembelian makanan itu, sumbangan akan dikumpul untuk membeli peralatan PPE juga kepada asnaf yang memerlukan.
Sementara itu 500 pek set hidangan itu telah dibeli dan akan diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, JAWI di Universiti Malaya esok.
“Kami anggap dua pahala sebab menderma dan membeli daripada kami dan pada masa yang sama membuat pula sumbangan kepada asnaf’’.
Beliau juga berterima kasih kepada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM Malaysia yang bekerjasama dengan Yayasan Mualaf dan Pertubuhan Kebajikan Chan Abdullah dalam penyerahan sumbangan peralatan dan makanan ke PKPD Kajang semalam.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button