DomestikSemasa

“Yang penting nyawa anak-anak saya selamat”

GEMAS : Faizal Muhammad, 44 tahun yang tinggal di Kampung Pasir Besar, Negeri Sembilan mempunyai kisah sedihnya yang tersendiri tentang banjir yang melanda baru-baru ini.

Beliau yang mempunyai tiga orang anak, tinggal bersama dengan ibunya yang sudah lumpuh akibat strok.

Dia tidak menyangka air akan naik cepat dan ketika kejadian beliau dan keluarga hanya sempat menyelamatkan pinggan mangkuk. Manakala barangan lain di rumahnya itu terpaksa ditinggalkan.

Beliau dan keluarga terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), manakala ibunya dipindahkan ke rumah ibu saudara yang tidak terkena banjir.

Selepas banjir, beliau pulang ke rumah yang sudah berlumpur dan hancur. Beliau menganggarkan kerugian yang ditanggung melebihi RM30,000, dan kos yang serupa perlu dicari sekiranya mahu hidup seperti biasa sebelum banjir.

Beliau bersyukur kerana pada kali ini banyak Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang datang membantu dan membuktikan masyarakat Malaysia sangat prihatin.

Kedatangan MAPIM Malaysia dan MAPIM Rangers yang membawa barang-barang keperluan asas seperti makanan, selimut, bantal dan dapur memasak memberikan sedikit senyuman kepada Faizal.

Menurut ketua Misi Bantuan Pasca Banjir Gemas, YS PPj Bersekutu (PA) Zuhanis Zainol yang juga adalah Setiausaha Agung MAPIM Malaysia,

YS PPj Bersekutu (PA) Zuhanis Zainol

“Kami di MAPIM memang sudah merancang bahawa bantuan perlu sentiasa digerakkan ketika banjir, dan selepas banjir. Tidak ada istilah bantuan terhenti, ketika banjir sudah surut. Ini kerana banjir sudah memusnahkan kehidupan mereka sebelum ini. Jadi kami sangat berharap, rakyat Malaysia akan terus menyumbang kerana mangsa banjir masih tetap memerlukannya.”

Misi Pasca Banjir Gemas MAPIM Malaysia kali ini adalah kesinambungan daripada misi banjir yang lepas dengan kekuatan 30 pacuan empat roda, dan dua buah lori yang semuanya sarat dengan bantuan.


MAPIM MALAYSIA LANCAR MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR

Semua upaya sudah kita lakukan. Pelan kecemasan sudah kita lakarkan. Tindakan awal juga sudah kita gerakkan.

Namun ia masih belum mencukupi. Banyak kawasan yang selama ini ‘selamat’ juga sudah dinaiki air.

Mangsa banjir merayu sumbangan rakyat Malaysia bagi meringankan beban mereka.

Sama-sama kita bantu. Ini kecemasan, perlu disegerakan.

#misiummahbantuummah #365hariuntukummah

AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK UMMAH MAPIM

Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan.

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank

562263540066

TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA

Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button