WHO tidak syor guna plasma darah pesakit pulih Covid-19

PARIS : Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menasihatkan agar tidak mengunakan plasma darah pesakit yang pulih daripada Covid- kepada mereka yang mengalami gejala ringan hingga sederhana wabak itu.
Namun berdasarkan nasihat kesihatan Jurnal Perubatan British, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, ” tiada bukti yang menunjukkan ia meningkatkan daya tahan mahupun mengurangkan keperluan untuk mesin ventilasi.
Kos yang perlu ditanggung juga mahal serta memerlukan masa, sebaliknya rawatan hanya sesuai sebagai sebahagian daripada ujian klinikal,” katanya.
WHO berkata, cadangan terbaharu itu juga berdasarkan dapatan daripada 16 ujian membabitkan 16,236 pesakit Covid-19 dengan jangkitan tidak teruk, teruk dan kritikal.
Hipotesis untuk menggunakan plasma ialah antibodi yang terkandung di dalamnya boleh meneutralkan novel coronavirus, menghentikannya daripada mereplikasi dan menghentikan kerosakan tisu.
Plasma pemulih adalah bahagian cecair daripada darah pesakit Covid-19 yang pulih dan mengandungi antibodi terhasil selepas jangkitan.
Ia adalah salah satu rawatan berpotensi yang dikaji pada awal pandemik tetapi menunjukkan manfaat terhad dalam ujian klinikal.
-AGENSI