Covid19DuniaSemasa

WHO bimbang Omicron dan Delta cetus ‘tsunami’ kes

GENEVA : Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa penularan serentak varian Covid-19 delta dan omicron mampu mewujudkan “kesan tsunami”,

Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus memberitahu Delta dan Omicron adalah ancaman berkembar yang mendorong peningkatan kes dan merekodkan angka tinggi, yang sekali lagi membawa kepada lonjakan kemasukan ke hospital dan kematian.

“Saya sangat khuatir bahawa omicron, yang sangat mudah berjangkit dan merebak bersama dengan Delta, membawa kepada tsunami kes.”

Tedros mengulangi gesaannya agar negara berkongsi vaksin dengan lebih saksama dan memberi amaran bahawa penekanan terhadap penggalak di negara-negara kaya boleh menyebabkan negara-negara miskin kekurangan dos.

Beliau berkata WHO berkempen untuk setiap negara mencapai sasaran 70 peratus liputan vaksin menjelang pertengahan 2022, yang akan membantu menamatkan fasa wabak itu.

Malam Tahun Baru akan menandakan ulang tahun kedua China memaklumkan WHO mengenai 27 kes “radang paru-paru virus” yang tidak diketahui asalnya di bandar Wuhan.

Lebih daripada 281 juta orang telah dilaporkan dijangkiti novel coronavirus di seluruh dunia dan lebih daripada 5 juta telah meninggal dunia, menurut pengiraan Reuters.

-AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button