BENGALURU : Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sedang menjalankan penelitian sebelum memberi kelulusan penggunaan vaskin Covid-19 keluaran syarikat Biotech Bharat di India.
Bharat Biotech – the manufacturer of Covaxin – has been submitting data to WHO on a rolling basis and WHO experts have reviewed these data.
WHO is expecting one additional piece of information from the company today. https://t.co/kfaNI05KIw— World Health Organization (WHO) (@WHO) October 18, 2021
Menerusi ciapan WHO di Twitter, mereka tidak akan ambil jalan singkat sebelum menyarankan penggunaan vaksin tersebut atas tujuan keselamatan dan keberkesanan.
Sejak Julai, Bharat Biotech mula berkongsi data kepada WHO dalam membangunkan Covaxin.
Pada Januari, Covaxin menerima kelulusan kecemasan di India biarpun ujian klinikal tahap akhir masih belum selesai.
Dilaporkan, vaksin tersebut menunjukkan 78 peratus kadar keberkesanan.
Tanpa kelulusan daripada WHO, Covaxin dengan dua dos itu tidak akan diterima sebagai vaksin yang sah untuk digunakan di seluruh dunia dan akan menyukarkan beberapa perkara termasuk perjalanan rentas negara.
Setakat ini, 11 peratus atau lebih 10 juta rakyat India sudah menerima suntikan Covaxin.
Menerusi perkongsian ringkas di Twitter, WHO memaklumkan pihak sedang menunggu satu lagi maklumat tambahan daripada syarikat tersebut ketika ini.
Oleh Nurshazlin Shahrom