Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today
UMM AL-FAHM: Seorang wartawan Palestin dari bandar Umm al-Fahm telah dibunuh oleh seorang lelaki bersenjata yang tidak dikenali lapor The New Arab.
Nidal Ighbariya, warganegara Palestin ditembak selepas dia menunaikan solat Maghrib di sebuah masjid dan sedang berjalan pergi ke keretanya.
Pada bulan Jun, wartawan berusia 44 tahun itu telah menyiarkan beberapa gambar dokumentasi serangan ke atas rumahnya di dalam akaun instagram dan facebooknya.
Local sources: Journalist Nidal Abu Al-Aila Ighbariya (44 years old), from Umm al-Fahm city, was killed in a shooting attack pic.twitter.com/M5wP0QDDSI
— Palestine News 24/7 (@PaliNewsBot) September 4, 2022
Serangan keatasnya berkemungkinan dikaitkan dengan dokumentasi tersebut. Ighbariya cedera parah di bahagian badan selepas ditembak penyerang.
Sejak awal tahun ini, 70 rakyat Palestin telah dibunuh oleh orang yang tidak dikenali.
Bercakap kepada The New Arab, keluarga wartawan tersebut menganggap pihak berkuasa Israel bertanggungjawab atas kejadian itu, terutamanya ketika anak mereka memfailkan aduan mengenai menerima ugutan bunuh.
Journalist Nidal Agbariyyah, 44, was murdered tonight in his hometown of Umm al Fahm, the latest victim in the bloodbath sweeping over Arab communities in Israel. pic.twitter.com/gtHLgqEZxl
— Noga Tarnopolsky (@NTarnopolsky) September 4, 2022
Ighbariya adalah pengasas dan ketua pengarang laman web ‘Baladna’ tempatan, yang menyediakan berita mengenai rakyat Palestin di kawasan yang diduduki.
Rakan sekerja Ighbariya menuduh polis Israel gagal melindungi wartawan dan rakyat Palestin di wilayah yang diduduki secara umumnya daripada pembunuhan besar-besaran.
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia