Dunia

Wartawan mati ditembak ketika hendak ke masjid

Kes pembunuhan ketiga dalam tempoh dua bulan

KABUL : Seorang wartawan di Afghanistan, Rahmatullah Nekzad maut selepas ditembak di timur bandar Ghazni, semalam.

Jurucakap polis wilayah Ghazni, Ahmad Khan Seerat berkata, suspek menembak Rahmatullah dengan pistol di rumahnya ketika mangsa hendak pergi ke masjid.

Pembunuhan yang mensasarkan individu berpengaruh termasuk wartawan, ahli politik dan aktivis kemanusiaan dilihat semakin menjadi-jadi ketika keganasan meningkat di Afghanistan walaupun rundingan damai kerajaan dan Taliban berterusan.

Sehingga kini, tiada mana-mana pihak mengaku bertanggungjawab terhadap pembunuhan Rahmatullah termasuk Taliban yang menafikan terbabit dalam insiden itu.

Pembunuhan Rahmatullah, yang berkahwin dan memiliki enam anak mendapat kecaman pelbagai pihak.

Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani turut mengutuk serangan itu dan menyifatkannya sebagai melanggar kebebasan bersuara serta jenayah kemanusiaan.

Sementara itu, Jawatankuasa Keselamatan Wartawan Afghanistan (AJSC) mendedahkan mangsa, berusia lewat 40-an berkhidmat dengan agensi berita ‘Associated Press’ sejak tahun 2007 dan pernah bekerja dengan Al Jazeera.

Sehingga kini, seramai tujuh petugas media terbunuh di Afghanistan sepanjang tahun ini dan Rahmatullah menjadi pembunuhan ketiga dalam tempoh dua bulan ini. – AFP

  • Muhamad Zulfikre Ali ( Pelatih Fakulti Animasi UiTM)

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button