DomestikSemasa

Warga Taman Ikan Emas terima 67 pek makanan dari MAPIM Malaysia

CHERAS : Seramai 67 keluarga di Taman Ikan Emas, Cheras  menerima bantuan pek makanan daripada Majlis Pertubuhan Perundingan Islam Malaysia (MAPIM) Malaysia.

Bantuan diberikan dalam bentuk makanan asas termasuk beras, tepung, minyak, dan gula hasil daripada sumbangan para penderma yang dermawan.

Antara mereka yang menerima sumbangan ini ialah individu dan keluarga yang terkesan dengan pandemik Covid-19 khususnya warga emas golongan B40 dan M40, peniaga dan penjaja yang terjejas punca pendapatan dan golongan yang hilang pekerjaan.

Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Ikan Emas, Haji Mokhtar Yunus, mengucapkan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada MAPIM Malaysia yang sudi menghulurkan sumbangan kepada penduduk sekitar sini.

 

Alhamdulillah program hari ini dipermudahkan. Mudah-mudahan MAPIM Malaysia dapat menyantuni lebih ramai orang dan meringankan beban mereka. Kami juga akan usaha beri bantuan dari segi moral. Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan beban mereka semua. – Pegawai Khas MAPIM Malaysia,  Ustaz Fakhruddin Zainol.

 

Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM

AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Related Articles

Back to top button