Semasa

Warga Gombak rebut peluang dapatkan pemeriksaan kesihatan percuma Mobile Clinic MAIWP-MAPIM

GOMBAK : Program Mobile Clinic anjuran pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutusan (MAIWP) dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) semakin mendapat reaksi positif daripada orang ramai.

Yang terbaru, Mobile Clinic MAIWP-MAPIM telah berprogram di hadapan Masjid Zaid Haritsah yang terletak di Gombak. Ia telah menarik lebih 100 pengunjung yang terdiri daripada penduduk di sekitar bagi merebut peluang mendapatkan pemeriksaan kesihatan percuma.

Menurut imam masjid tersebut, Hasan Basri ini merupakan antara program terbesar yang dijalankan di masjid ini yang memberi manfaat terutamanya kepada golongan asnaf.

“Alhamdulillah hari ini program Mobile Clinic ini adalah antara program terbesar pernah diadakan di masjid ini, hasil penyebaran maklumat kepada orang ramai di sekitar kawasan ini telah menarik minat mereka untuk datang bersama-sama memeriahkan lagi program hari ini.

“Program yang dianjurkan oleh pihak MAIWP-MAPIM merupakan satu inisiatif yang sangat baik dalam memberi bantuan kepada mereka yang mungkin menghadapi kesukaran untuk mendapat pemeriksaan kesihatan meskipun dengan harga RM1,” katanya kepada wartawan UMMAHToday.

Menurutnya, pihak masjid mendapat tahu mengenai inisiatif bas klinik bergerak ini menerusi masjid lain di kawasan berdekatan yang turut menggunakan perkhidmatan Mobile Clinic MAIWP-MAPIM ini.

Sehubungan dengan itu, mereka telah tertarik bagi bekerjasama untuk memberikan manfaat kepada kariah masjid terutamanya golongan asnaf yang memerlukan.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button