BanjirDomestikSemasa

Warga emas mati lemas

RAUB: Mayat seorang warga emas ditemui lemas tiga hari selepas dia dilaporkan hilang dekat sini, hari ini, ketika mandi di tebing di Sungai Cheroh.

Por Kong Ming, 79, dipercayai terjatuh ke dalam sungai dan mayatnya ditemui kira-kira 4 kilometer dari tempat dia mandi jam 11.10 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Raub, Kama Azural Mohamed, berkata mayat mangsa ditemui tersangkut pada dahan pokok di sungai.

“Anaknya membuat aduan mengatakan ayahnya hilang ketika mandi di tebing sungai berhampiran rumahnya dan ada kesan tergelincir di tebing sungai.

“Pasukan mencari dan menyelamat diaktifkan melalui Balai Cheroh dan juga Bomba sejak Rabu lalu.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raub untuk dibedah siasat,” katanya di sini hari ini.

Sejumlah 13 kematian berkaitan banjir dan enam orang hilang dilaporkan di Pahang setakat petang ini.


MAPIM MALAYSIA LANCAR MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR

Semua upaya sudah kita lakukan. Pelan kecemasan sudah kita lakarkan. Tindakan awal juga sudah kita gerakkan.

Namun ia masih belum mencukupi. Banyak kawasan yang selama ini ‘selamat’ juga sudah dinaiki air.

Mangsa banjir merayu sumbangan rakyat Malaysia bagi meringankan beban mereka.

Sama-sama kita bantu. Ini kecemasan, perlu disegerakan.

#misiummahbantuummah #365hariuntukummah

AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK UMMAH MAPIM

Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan.

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank

562263540066

TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA

Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today 

Related Articles

Back to top button