Covid19Semasa

Warga asing dari Malawi tidak dibenar masuk Sarawak

KUCHING – Warga asing dari Malawi atau pengembawa yang mempunyai sejarah perjalanan ke negara itu dalam tempoh 14 hari sebelum ketibaan dilarang masuk sementara ke negeri Sarawak.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN) menerusi satu kenyataan memaklumkan, langkah itu diambil bagi mengekang penularan varian baharu Covid-19 iaitu Omicron ke Sarawak.

Ini menjadikan jumlah negara dalam senarai sekatan perjalanan ke Sarawak adalah lapan termasuk Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia, Afrika Selatan dan Zimbabwe.

Menurut JPBN, pengecualian diberikan kepada rakyat Malaysia dan pemegang pas lawatan jangka panjang yang pulang ke Malaysia dari negara tersebut, namun perlu mematuhi beberapa syarat termasuk memohon dalam sistem EnterSarawak.

“Selain itu, JPBN memutuskan untuk menangguhkan sementara kemasukan pelajar antarabangsa dan pekerja asing dari negara-negara terlibat. Langkah-langkah kawalan dan pencegahan di atas berkuat kuasa serta-merta,” menurutnya.

-BERNAMA

Oleh Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button