PalestinSemasa

Wanita turut jadi mangsa serangan ganas di Al Aqsa

BAITULMAQDIS: Dua hari serangan ganas rejim israel kepada muslim di Masjid Al-Aqsa,  kekerasan turut dilakukan mereka terhadap muslimah.

Mereka dengan zalim dan kejam memukul wanita termasuk kanak-kanak yang berada di Al-Aqsa menyebabkan mangsa mengalami penderitaan fizikal serta kecederaan.

Tular di media sosial foto tudung milik seorang wanita Palestin yang mempunyai kesan darah dari seorang pemuda yang cuba untuk melindunginya daripada terus dipukul oleh tentera penjajah israel ketika sedang menunaikan solat di Masjid Al-Aqsa.

Beberapa pemuda juga turut dipukul dan ditembak dengan peluru hidup oleh pasukan penjajah israel di Kota Lama Baitulmaqdis.

“Mereka mengepung kita, mereka mahu membunuh kita,” jerit jemaah wanita Palestin ketika tentera israel menyerang mereka dengan kejam di dalam Masjid Al-Aqsa.

Polis israel secara kejam menyerang jemaah, membelasah mereka dengan kayu dan menyasarkan mereka dengan bom tangan gegaran, tong gas pemedih mata serta peluru keluli bersalut getah sebagai cara untuk menghalau mereka secara paksa dari tapak suci umat Islam.

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) mengesahkan bahawa sebilangan jemaah sesak nafas akibat gas pemedih mata dan pegawai perubatannya hanya mampu merawat seorang mangsa sahaja kerana tidak dibenarkan masuk.

Keganasan israel telah meningkat sejak tahun lalu, apabila tentera israel telah melakukan serbuan hampir setiap hari ke atas bandar, pekan dan kampung Palestin bagi merampas hak penduduk Palestin.

Lebih 90 rakyat Palestin telah terbunuh kesan tembakan israel tahun ini dan berpuluh-puluh lagi cedera.

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi

Akaun Maybank

Tabung Kemanusiaan MAPIM (Dana MAPIM):
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button