Wanita tular di Tiktok minta berhenti sebar maklumat peribadinya
KUALA TERENGGANU – Susuli video tular seorang wanita peniaga aiskrim membawa pesakit Orang Kurang Upaya (OKU) dengan motosikal roda tiga, memohon agar maklumat peribadinya tidak disebarkan.
Seorang peniaga aiskrim potong, Hijraj Soleh, 40, telah mendapat perhatian ramai apabila tular rakamannya di tiktok apabila beliau membawa seorang penumpang OKU dengan menggunakan motor beroda tiga.
Rakaman tersebut dilihat beliau memberi teduh daripada panas matahari kepada penumpang OKU itu dengan memegang beg pada tangan sebelahnya.
Perlakuannya itu telah menyentuh hati para netizen dan sebilangan daripada mereka mengambil tindakkan dengan mesej secara terus membuatkan Soleh meminta agar maklumat peribadinya berhenti disebarkan.
“Saya amat menghargai prihatin semua pihak, tetapi tolong jangan menyebarkan maklumat saya seperti nombor telefon dan alamat. Jika mereka ingin menolong, saya lebih suka jika ianya dilakukan melalui bisnes saya”
Soleh melihat pada usaha netizen yang prihatin akan nasib mereka, namun beliau berkata bahawa beliau masih mampu dan meminta agar bantuan itu diberikan kepada yang lebih memerlukan..
“Alhamdulliah, rakyat Malaysia sangat prihatin dan ini terbukti apabila saya menerima banyak panggilan dan mesej yang ingin menawarkan bantuan”
“Bagaimanapun, saya perlu terus terang dimana pendapatan dari perniagaan saya masih mencukupi untuk keperluan harian saya setakat ini. Saya lebih gembira jika pertolongan itu diberikan kepada yang memerlukan” katanya kepada Bernama.
Justeru beliau memberi penerangan lagi bahawa anggapan netizen merupakan sebuah salah faham.
“Sebenarnya yang saya bawa itu mak saudara saya. Dia lahir tahun 1957 dan dia alhamdulliah tiada masalah kesihatan apa-apa. Dia memang OKU sejak lahir”
Ujarnya lagi, ibubapa beliau masih sihat dan boleh tegur kalau ada jumpa di mana -mana.
Oleh wartawan pelatih – Izzul Nazaruddin