Wanita Palestin pertahan kubur anaknya dari dirobohkan Israel
Polis Israel menolak dengan kasar seorang wanita Palestin yang sedang memeluk batu nisan anaknya di tanah perkuburan al-Yusufiye di Baitulmaqdis Timur.
Alaa Nababta, 54 tiba di tanah perkuburan selepas mengetahui rancangan polis Israel untuk menggali kubur itu.
Apabila polis Israel cuba menolaknya, Nababta, menghempaskan badannya sendiri ke tanah berhampiran kubur anaknya.
“Kebumikan saya di sini,” jerit Nababta.
“Langkah mayat saya dulu sebelum menggali kubur anak saya!,” katanya kepada polis Israel yang tidak dapat menghalangnya.
Menurut laporan Anadolu, Nababta berkata anaknya meninggal dunia empat tahun lalu.
Namun, dia mengalami penderitaan yang berterusan kerana tentera Israel telah “mengancam untuk memusnahkan kubur” yang menurut mereka telah dirancang sejak dua bulan lalu.
Pada Isnin, kakitangan majlis perbandaran Israel di Baitulmaqdis dan Pihak Berkuasa Alam Israel, menubuhkan sebuah taman negara Yahudi, memperbaharui sebahagian daripada tanah perkuburan al-Yusufiye, yang terletak berhampiran Masjid Al-Aqsa.
Puluhan rakyat Palestin yang kehilangan ahli keluarga telah dikebumikan di kawasan itu selama berabad-abad tiba di tanah perkuburan itu, bimbang kubur saudara-mara mereka akan dibakar.
Beberapa kubur di tanah perkuburan itu telah dirobohkan awal bulan ini oleh kenderaan kejuruteraan majlis perbandaran di Kota Lama.
Tanah Perkuburan Al-Yusufiye, terletak di sebelah tembok yang mengelilingi Kota Lama, adalah salah satu tanah perkuburan Islam tertua di Baitulmaqdis yang diceroboh.
Nababta berkata, pihak berkuasa Israel sedang memburu penduduk Palestin di bandar itu “sama ada mereka masih hidup atau sudah mati.”
“Ini tanah perkuburan kita, di mana lagi kita akan kebumikan mereka?” soal Nababta.
Dia menambah: “Setiap hari kami datang ke sini kerana bimbang kubur itu akan dirobohkan.”
“Pada pendapat anda, sebagai seorang ibu, apakah perasaan saya apabila saya melihat mereka cuba memusnahkan kubur anak saya? Sakit, sakit, dan patah hati.”
Mustafa Abu Zahra, ketua Jawatankuasa Penjagaan Tanah Perkuburan Islam di Baitulmaqdis, memberitahu bahawa perbandaran Israel di Baitulmaqdis memperkenalkan jentolak ke Tanah Perkuburan al-Yusufiye dan mula memusnahkan sebahagian daripada tanahnya untuk mengubahnya menjadi taman alkitabiah.
Jawatankuasa Penjagaan Tanah Perkuburan Islam di Baitulmaqdis mengemukakan bantahan kepada mahkamah Israel untuk menghentikan tindakan kejam itu.
Bagaimanapun, menurut Abu Zahra, bantahan tersebut telah tidak diendahkan dan kerja-kerja merobohkan perkuburan tetap diteruskan.
Abu Zahra berkata “syahid” Muslim dikebumikan di tanah perkuburan dan menyeru pihak berkuasa Israel untuk menghormati kesucian orang meninggal dunia.
“Tanah perkuburan adalah tanah wakaf Islam dan serangan ke atasnya mesti dihentikan,” katanya.
-ANADOLU AGENCY
Oleh Hafeez Anuar
_____________________________________
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia