Palestin

Wanita Palestin ditembak mati, dituduh ancam polis Israel

Jenazah dibiar tanpa rawatan sehingga nafas terakhir

RAMALLAH : Polis Israel yang lengkap bersenjata dan seragam anti kalis peluru gentar dengan hanya sebilah pisau yang didakwa diacu seorang wanita Palestin sehingga bertindak menembak wanita itu di pusat pemeriksaan Qalandia.

Ibtesam Khaled Kaabneh, 27, dilaporkan dikasari oleh polis Israel yang ketika itu bertugas di pusat pemeriksaan tersebut lalu menembak beliau sehingga mati.

Lebih teruk, jenazah Kaabneh dibiar seketika tanpa sebarang bantuan perubatan sehingga beliau disahkan meninggal dunia.

Allahyarhamah Ibtesam Khaled Kaabneh yang diembak polis Israel

Polis Israel mendakwa Kaabneh melintasi pondok kawalan Qalandia yang terletak di antara Ramalah dan Jerusalem sambil mengacu sebilah pisau.

Allahyarhamah merupakan seorang ibu kepada seorang cahaya mata dan merupakan bekas tahanan Israel.

Pada tahun 2015, Allahyarhamah Kaabneh ditangkap rejim Zionis dan dikurung di balik tirai besi selama 18 bulan.

Ini bukan pertama kali Israel bertindak membunuh dan menyerang rakyat Palestin tanpa alasan yang kukuh, rata-rata di media antarabangsa sudah terpampang jelas kekejaman mereka biarpun ribuan pihak masih cuba menafikannya.

Merujuk pada laporan agensi berita Palestin Wafa , sehari sebelum kejadian ini (12 Jun), seorang pemuda Palestin Mohammad Said Hamayel,15, ditembak mati selepas tentera Israel melepaskan tembakan rambang ke atas kumpulan demonstrasi awam warga Palestin yang membangkang pembinaan pos kawalan Israel di Beita.

Jenazah Mohammad Said Hamayel diarak oleh ahli keluarga sebelum dikebumikan

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan serangan rawak itu mengakibatkan enam lagi cedera parah.

Penindasan demi penindasan  Israel terhadap Palestin telah membuka mata 500 wartawan Amerika untuk menandatangani surat terbuka yang mendesak kerajaan Amerika Syarikat berhenti memanipulasikan fakta penderitaan rakyat Palestin akibat kezaliman rejim Zionis setelah berabad lamanya. РAGENSI

Oleh ; Wartawan UmmahToday – Nurshazlin Shahrom/ Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Penyiaran)

_____________________________

Seruan untuk kita membantu saudara Gaza dan Palestin sudah tiba. Kita bantu dengan apa yang terdaya. Bantu dengan doa dan harta benda.
MAPIM Malaysia membuka peluang untuk semua bagi membantu rakyat Palestin. Selain doa, rakyat Palestin sangat memerlukan bantuan kewangan.

MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

 

 

 

Related Articles

Back to top button