SINDH: Bencana banjir telah memusnahkan satu pertiga Pakistan. Antara berjuta-juta mangsa yang terjejas teruk termasuklah sekurang-kurangnya 650,000 wanita hamil yang 73,000 daripadanya dijangka bersalin pada bulan hadapan.
Dana Penduduk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA) merekodkan ramai daripada kalangan wanita ini kekurangan akses kepada kemudahan penjagaan kesihatan dan sokongan yang mereka perlukan untuk melahirkan anak mereka dengan selamat. Malah sebelum banjir tahun ini, wanita Pakistan menghadapi pelbagai cabaran kesihatan reproduktif dan menyumbang kepada nisbah kematian ibu tertinggi di Asia Selatan.
With whole villages underwater, 33 million Pakistanis are affected and almost 70,000 women are expected to give birth potentially without medical care. pic.twitter.com/5usad1Uuz0
— Sheila Jackson Lee (@JacksonLeeTX18) September 4, 2022
Menurut Human Rights Watch, perubahan iklim telah meningkatkan lagi tekanan masalah kesihatan ke atas wanita hamil, ibu baru dan keluarga mereka di Pakistan, serta memburukkan lagi ketidaksamaan sedia ada dalam kesihatan ibu dan bayi yang baru lahir. Kesan negatif perubahan iklim adalah tidak sama dengan wanita hamil menjadi kumpulan yang paling teruk terjejas.
Kebanyakan kelahiran di Pakistan berlaku di rumah dan dengan hampir satu juta rumah telah musnah, ramai wanita hamil tidak tahu di mana mereka akan melahirkan bayi mereka.
Banjir juga telah merosakkan infrastruktur penjagaan kesihatan Pakistan yang semakin runtuh.
Di wilayah Sindh, lebih 1,000 kemudahan kesihatan telah musnah sepenuhnya atau sebahagiannya.
198 lagi kemudahan kesihatan telah rosak di wilayah Balochistan. Kerosakan yang meluas pada jalan raya dan rangkaian komunikasi menghalang lagi akses ke klinik dan hospital.
Halangan ini bukan sahaja memberi kesan kepada wanita dan kanak-kanak perempuan yang melahirkan anak, tetapi juga mereka yang mencari akses kepada kontraseptif dan perkhidmatan kesihatan reproduktif lain.
Pihak berkuasa Pakistan dan penderma antarabangsa harus menjadikan keperluan wanita hamil dan kanak-kanak perempuan serta akses kepada kesihatan seksual dan reproduktif sebagai keutamaan semasa usaha pemulihan.
Banjir dahsyat di Pakistan menyerlahkan bukan sahaja bagaimana kesan krisis iklim dikongsi secara tidak sekata secara geografi, tetapi juga kesan yang tidak seimbang terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan.
Negara Pakistan telah lumpuh & kerajaannya merayu sumbangan dunia.
Marilah kita bersama-sama membantu dengan cara menyumbang, menerusi
Akaun Maybank :
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263540066
atau layari laman web:
www.rayuanPakistan.com
MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm)
atau whatapps 012-800-2016