Wanita lengkap berniqab berarak sebagai tanda sokongan kepada Taliban
KABUL : Ratusan wanita, yang memakai niqab, berarak di ibukota Kabul sambil memegang papan tanda sebagai tanda sokongan terhadap Taliban.
Manakala puluhan wanita yang memakai pakaian menutup dari hujung kaki ke hujung rambut, berdemonstrasi di luar dan dalam Universiti Pendidikan Syahid Rabbani dengan memegang sepanduk pro-Taliban dan bendera kumpulan itu.
Baru-baru ini, Taliban menetapkan peraturan bahawa pelajar lelaki dan perempuan diwajibkan belajar di kelas secara berasingan di universiti.
Penunjuk perasaan wanita dikelilingi oleh pejuang Taliban yang bersenjatakan senapang automatik dan tidak membenarkan orang sekeliling bercakap dengan wanita tersebut.
Demonstrasi itu berlaku pada ulang tahun ke-20 serangan 9/11 ke atas AS yang mendorong “perang melawan keganasan” dan pencerobohan Amerika ke Afghanistan.
Kehadiran para penunjuk perasaan wanita mengingatkan kembali era keganasan Taliban pada tahun 1996-2001, ketika wanita tidak dibenarkan meninggalkan rumah mereka tanpa ditemani lelaki, wajib memakai purdah dan tidak dibenarkan bekerja kecuali dalam bidang kesihatan.
Sejak menguasai Afghanistan pada 15 Ogos, Taliban melancarkan serangan untuk memulihkan imej mereka dan berjanji untuk melindungi hak wanita, seperti yang dibenarkan dalam undang-undang Islam, Syariah.
Namun, aktivis wanita dan bekas pemimpin politik wanita mengatakan bahawa mereka diharapkan dapat dianggap sebagai warganegara “kelas kedua”.
Kabinet Taliban yang baru diumumkan tidak menyertakan sekali pemimpin dari golongan wanita dan Kementerian Hal Ehwal Wanita turut dibubarkan.
Perarakan wanita pro-Taliban berlaku beberapa hari selepas wanita menjalankan protes bagi menuntut hak mereka dilindungi, dibenarkan kembali untuk bekerja.
Oleh Hafeez Anuar