DAMSYIK : Wanita dan kanak-kanak yang tinggal di beberapa kem di barat laut Syria terpaksa mengharungi detik hitam di mana mereka terpaksa berdepan keganasan termasuk seksual, malah ada yang terlibat dengan pelacuran.
Kem tersebut digelar sebagai “Kem Balu” adalah tempat tinggal kepada puluhan ribu wanita bujang, kebanyakannya balu atau bercerai.
Satu laporan baru mendedahkan kanak-kanak yang menetap di kem tersebut bersama ibu mereka didapati diabaikan, didera dan dipaksa bekerja manakala ibu mereka dijadikan pemuas nafsu oleh pegawai dan pengawal kem.
Lebih 80% wanita mengatakan mereka tidak menerima penjagaan kesihatan yang mencukupi dan 95% dari mereka menyatakan mereka sudah putus asa.
Selain itu, kira-kira 34% kanak-kanak mengatakan bahawa mereka telah mengalami satu atau lebih bentuk keganasan dan 2% mengatakan mereka menjadi mangsa kahwin bawah umur.
Buruh kanak-kanak adalah masalah besar dengan 58% kanak-kanak lelaki dan 49% kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun ke atas dipaksa untuk bekerja.
Daripada 419 orang yang ditemu bual oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) World Vision melibatkan 28 kem, kira-kira satu daripada empat wanita berkata mereka telah menyaksikan penderaan seksual di kem mereka secara harian, mingguan atau bulanan.
Kira-kira 9% daripada responden mengatakan bahawa mereka sendiri telah didera secara seksual.
Wanita tidak diberi kebebasan untuk meninggalkan kem, kata NGO itu. Mereka juga tidak dapat mencari pekerjaan bergaji untuk menyara keluarga mereka, mereka seolah-olah “tiada pilihan” selain terlibat dalam aktiviti pelacuran.
Pengarang utama laporan itu, Alexandra Matei berkata dunia menyatakan solidariti dengan mangsa konflik di Ukraine dan kerajaan dengan murah hati komited untuk melakukan apa sahaja untuk memenuhi keperluan kemanusiaan di sana. Tetapi, balu Syria dan anak-anak mereka berhak mendapat tahap empati, belas kasihan dan komitmen yang sama.
Kesakitan mereka, kebajikan mereka, keperluan mereka tidak kurang daripada orang lain yang melarikan diri dari konflik.”
Fatima (bukan nama sebenar), ibu kepada tiga anak di salah satu kem, mengalami sakit belakang yang teruk tetapi tidak menerima sebarang rawatan.
“Kami tidak mempunyai roti dan air,” katanya. “Bila (anak-anak) minta pisang, saya minta mereka bersabar. Tiada apa yang boleh kita lakukan. Air dan roti lebih penting.”
“Ia tidak selamat sama sekali. Saya perlu membawa jiran saya atau sesiapa sahaja bersama untuk tidak pergi bersendirian. Saya tidak boleh menghantar anak saya sendiri kerana ia tidak selamat. Saya tidak ada sesiapa,” katanya.
Hampir 7 juta rakyat Syria telah dipindahkan secara dalaman sejak konflik meletus pada 2011. Kira-kira 2.8 juta tinggal di dianggarkan 1,300 kem untuk pelarian dalaman di barat laut negara itu.
-AGENSI
*MAPIM Malaysia menjemput sahabat peduli Ummah untuk sama menjayakan Misi Bantuan Khas ini kerana kutipan Dana masih lagi berkurangan untuk sasaran RM6,000,000. Justeru berikut bantuan terdesak yg diperlukan:
– RM250 bantuan selimut
– RM600 saham wakaf rumah pelarian
– RM500 bantuan ubat-ubatan
– RM250 bantuan food pack 1 bulan
– RM250 bantuan alat pemanas
– RM500 wakaf saham bina sekolah #40
– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM
____
2 CARA MENYUMBANG
KE DANA BANTUAN KECEMASAN
MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)
_____
1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):
INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com
ATAU
2. Salurkan Sumbangan
Menerusi Maybank
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987