Wanita Afrika ditahan kerana tawar khidmat seks
KUALA LUMPUR : Kaedah yang digunakan oleh wanita Afrika dalam pelacuran di kondominium mewah di Malaysia adalah melalui media sosial dengan bayaran RM500 hingga RM600 untuk satu malam.
Kesemua mereka berusia 20-an itu ditemui dalam kalangan pelajar di sebuah institusi swasta di sekitar Taman Shamelin Perkasa dan Subang, Selangor, dalam serbuan yang dilakukan lewat malam tadi di sebuah kondominium mewah.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud, berkata aktiviti pelacuran itu telah beroperasi sejak tahun lepas, menggunakan aplikasi WeChat dan Facebook bagi menarik pelanggan.
Menurutnya, pelanggan mesti menjamin bahawa mereka tidak mendedahkan rahsia aktiviti itu sebelum mereka dianggap sebagai pengguna eksklusif, dan seterusnya menjadi pelanggan tetap.
“Kegiatan ini dijalankan di lokasi berbeza bergantung pada permintaan pelanggan setempat dan dianggarkan mereka memperoleh RM7,000 sebulan,” katanya selepas serbuan itu.
Menurut Khairul Dzaimee, lima wanita itu menggunakan pasport lawatan pelajar bagi memasuki negara ini, manakala seorang lagi menggunakan visa lawatan sosial.
Tiga lelaki warga Afrika dan seorang lelaki tempatan berusia 30-an, kesemuanya disyaki pelanggan, turut ditahan semasa operasi itu, dakwanya.
Beliau berkata kesemua wanita itu akan ditahan selama 14 hari di Depoh Imigresen Putrajaya, dan perkara itu akan disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (C) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Sementara itu, seorang wanita yang ditahan turut dilihat berpura-pura pengsan dan sakit bagi meraih simpati pihak berkuasa.
-AGENSI
Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM