PalestinSemasa

Walid Daqqa masih berada dalam tahanan zionis israel

RAMALLAH: Keputusan Jawatankuasa Parol Perkhidmatan Penjara israel membuat keputusan untuk tidak mempertimbangkan permintaan pembebasan awal banduan Walid Daqqa, seorang tahanan Palestin yang mempunyai masalah kesihatan yang semakin memburuk, kata Persatuan Banduan Palestin (PPS).

Rakyat Palestin berhimpun bagi menuntut pembebasan Walid Daqqa, seorang banduan Palestin yang sakit tenat

Daqqa, 62, dari bandar Arab Baqa al-Gharbia, telah ditahan pada 25 Mac 1986 dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup, yang kemudiannya ditetapkan semula kepada 39 tahun sahaja.

Semasa sesi bagi Jawatankuasa Parol Perkhidmatan Penjara israel membuat keputusan yang diadakan pada sebelah pagi di penjara Ramla, jawatankuasa itu mendakwa bahawa mempertimbangkan permintaan pembebasan awal Daqqa adalah tidak berada dalam kuasanya dan perkara ini harus merujuk kepada keputusan melalui jawatankuasa lain yang bertanggungjawab terhadap banduan yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.

 

Keluarga Daqqa dan orang ramai mengadakan kempen untuk menuntut pembebasannya menganggap keputusan ini sebagai hukuman mati dengan sengaja berlengah walaupun keadaan kesihatannya teruk, yang diakui oleh laporan Perkhidmatan Penjara israel.

Daqqa mengalami komplikasi akibat pembedahan di mana sebahagian paru-paru kanannya telah dikeluarkan. Pada Disember 2022, dia didiagnosis dengan myelofibrosis, kanser yang menjejaskan sumsum tulangnya.

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button