Dunia

Wales larang hukuman fizikal terhadap kanak-kanak

LONDON : Tindakan merotan, memukul dan menampar oleh ibu bapa sebagai didikan kepada anak-anak mereka adalah dilarang, menurut pihak berkuasa Wales.

Pihak kerajaan Welsh dan beberapa agensi perlindungan kanak-kanak menganggap undang-undang baharu sebagai satu sejarah dan telah mula berkuat kuasa sejak semalm.

Mereka turut menyeru supaya seluruh Britain juga melaksanakan peraturan sama.

Sementara itu, sekiranya orang awam mengetahui mana-mana ibu bapa yang bertindak sedemikian, mereka digesa untuk memaklumkan kepada perkhidmatan sosial atau pihak polis.

Namun, langkah tersebut menimbulkan kebimbangan dari pengkritik-pengkritik bahawa peraturan tersebut menakutkan ibu bapa yang cuba melakukan yang terbaik bagi mendidik anak-anak mereka.

Ia juga boleh menimbulkan kes dakwaan palsu oleh kanak-kanak nakal atau jiran berniat jahat.

Undang-undang baharu itu menghapuskan alasan ‘hukuman munasabah’ yang sudah sekian lama digunakan oleh ibu bapa di Britain dan Wales.

Timbalan Menteri Perkhidmatan Masyarakat, Julie Morgan berkata semua bentuk hukuman fizikal yang dikenakan terhadap kanak-kanak seperti memukul, menampar dan menggoncang mereka kini diharamkan.

Ia turut merangkumi pelancong luar yang melawat Wales.

‘’Sejarah telah tercipta pada hari ini (kelmarin) bagi kanak-kanak dan hak mereka di Wales berikutan tindakan menghukum kanak-kanak secara fizikal sebagai perkara yang telah berlalu,” katanya.

– AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button