“Walaupun sedikit, tapi amat bermakna buat penduduk kampung”
SEGAMAT : Sukarelawan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan MAPIM Rangers masih berada di bumi Segamat dan gerak kerja menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir masih giat diteruskan.
Terkini, sebanyak 500 kotak bantuan makanan telah diagihkan ke lima buah kampung di daerah Segamat bermula di Kampung Tekam yang merupakan kampung induk dengan empat buah kampung iringan seperti Kampung Bukit Limau Manis, Kampung Chodan, Kampung Sri Rahmad, dan Kampung Bukit Senggir.
Disebabkan kawasan tersebut kini boleh diibaratkan sebagai lautan akibat paras air banjir yang terlalu tinggi sehingga mencecah paras bumbung rumah, MAPIM Rangers terpaksa menggunakan bot untuk bergerak ke kawasan-kawasan kampung yang terkesan.
UmmahToday sempat menemu bual Ketua Kampung Tekam, Husin Mad Salleh, yang berkongsi keadaan ketika banjir bermula sejak 31 Disember lalu yang menenggelamkan beberapa buah rumah penduduk di situ.
“Pada 31 Disember lalu, bermulanya banjir yang menyebabkan tiga buah rumah tenggelam, selepas itu air semakin meningkat dan menenggelamkan sehingga 30 biji rumah sehingga cecah paras bumbung.
“Penduduk di sini semuanya terputus hubungan dan tak boleh untuk keluar ke daerah lain. Walaupun cuaca hari ni cerah namun terdapat beberapa kawasan di daerah Segamat ini masih ditenggelami air biarpun hampir seminggu hujan telah berhenti,” katanya.
Husin turut memanjat rasa syukur dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MAPIM Rangers yang sudi hadir dari jauh membantu meringankan beban penduduk.
“Alhamdulillah saya sebagai wakil kampung ini bersyukur bantuan daripada pasukan MAPIM yang membantu meringankan beban penduduk, dari 8 pagi hingga sekarang ini masih berada di atas bot untuk bersama sama membantu penduduk kampung. Walaupun sedikit tetapi amat bermakna buat penduduk,” katanya.
Komander Zulhanis Zainol, yang merupakan ketua misi bantuan dan juga setiausaha agung MAPIM menambah, “Walaupun keadaan banjir semakin terkawal, tetapi ia masih belum benar-benar selamat. Jadi, ia agak menyukarkan penduduk bagi mendapatkan barangan keperluan harian seperti biasa. Kami di MAPIM berasa sangat sedih melihat keadaan banjir di sini, dan akan terus berusaha membantu sedaya yang kami mampu.”
Misi Bantuan Banjir MAPIM Malaysia bersama MAPIM Rangers kini sudah tiba di bumi Johor, mereka menyampaikan bantuan terutamanya di kawasan yang terjejas teruk seperti Segamat, Muar dan Mersing.
MAPIM MALAYSIA LANCAR MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR
Semua upaya sudah kita lakukan. Pelan kecemasan sudah kita lakarkan. Tindakan awal juga sudah kita gerakkan.
Namun ia masih belum mencukupi. Banyak kawasan yang selama ini ‘selamat’ juga sudah dinaiki air.
Mangsa banjir merayu sumbangan rakyat Malaysia bagi meringankan beban mereka.
Sama-sama kita bantu. Ini kecemasan, perlu disegerakan.
#misiummahbantuummah #365hariuntukummah
AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK UMMAH MAPIM
Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan.
Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038