Covid19Semasa

Wajib kuarantin 14 hari masuk Sarawak bermula hari ini

Kos kuarantin & saringan ditanggung sendiri kecuali rakyat Sarawak

KUCHING: Bermula hari ini, semua warganegara Malaysia yang masuk ke Sarawak perlu menjalani kuarantin wajib 14 hari di pusat kuarantin ditetapkan.

Langkah mengawal penularan COVID-19 di negeri itu diputuskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak kelmarin.

“Hanya kos kuarantin dan ujian COVID-19 rakyat Sarawak akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri Sarawak,” katanya pada sidang media.

“Sebelum ini, arahan kuarantin wajib 14 hari yang dikeluarkan pada 4 Oktober tidak terpakai kepada rakyat Sarawak yang tiba dari Semenanjung dan mereka hanya perlu menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO). Bagaimanapun, susulan peningkatan kes positif dari luar Sarawak yang membabitkan rakyat negeri itu, keputusan lebih drastik perlu diambil”.

Timbalan Ketua Menteri I Sarawak itu juga berkata pemantauan lebih ketat HSO akan dikuatkuasakan serta-merta dan polis akan memantau individu yang telah diarah menjalaninya.

“Sesiapa yang didapati melanggar arahan tersebut boleh diambil tindakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” katanya. – BERNAMA

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button