Covid19Semasa

VTL Malaysia : Kes pertama positif Covid-19 dikesan

SHAH ALAM : Hari pertama Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) antara Malaysia dan Singapura menyaksikan satu kes positif Covid-19 dikesan di pintu masuk Malaysia.
Menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin maklumat mengenai satu kes positif dari ujian RTK-Antigen yang dikesan ketika ujian saringan semasa ketibaan diterima pagi tadi daripada pintu masuk antarabangsa Tambak Johor.

Kes tersebut membabitkan seorang lelaki berusia 21 tahun itu dikesan di Terminal Pengangkutan Awam Larkin Sentral dan dipercayai menaiki bas pertama VTL darat tiba pada jam 9.10 pagi Isnin.

“Walaupun ada satu kes saya tidak menganggap ini sebagai satu yang boleh menggagalkan VTL ini sebaliknya adalah satu contoh bagaimana ujian saringan pra-ketibaan dan saringan semasa ketibaan serta semua adalah langkah pencegahan perlu kita adakan. Bukan bermaksud kita kena batalkan VTL kerana satu kes (positif).
“Akan ada kes-kes positif, tapi yang penting adalah dari segi keupayaan dan keperluan diagnosis kita serta penilaian risiko yang dibuat PKD apabila kes seperti ini berlaku,” katanya.
Khairy berkata hari ini adalah hari penting kepada Malaysia dan Singapura, jiran paling hampir kepada kedua-dua negara untuk membuka sempadan dengan selamat.
“Petang nanti apabila kita dah ada maklumat lanjut, kita akan keluarkan kenyataan mengenai status VTL yang bermula hari ini,” katanya.
-BERNAMA
Oleh Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button