Semasa

Villa MAPIM 2 untuk sukarelawan MAPIM yang sentiasa berjuang

Kebajikan mereka tetap nombor satu

Bangi : Sukarelawan MAPIM Malaysia adalah antara wira yang tidak didendang. Mereka sentiasa ada apabila diperlukan, tidak mengira masa dan tempat.

Waktu mereka bertugas tidak ada jadual yang tetap. Adakalanya pada waktu tengah malam juga mereka turun apabila panggilan sukarelawan bergema.

Selama ini kebajikan mereka dijaga baik oleh MAPIM Malaysia, tetapi pihak pimpinan MAPIM merasakan itu  belum cukup dengan pengorbanan yang mereka berikan.

Lantaran itu, MAPIM Malaysia telah menyediakan sebuah villa tiga tingkat untuk kemudahan penginapan para sukarelawan yang terletak di Bangi Avenue 3, berhampiran dengan Wisma MAPIM Malaysia. Sewa villa ini ditaja sepenuhnya oleh Pasaraya Merhaba dan Ladang Ummah sebagai tanda CSR Support kepada MAPIM Malaysia.

Villa ini mempunyai tujuh bilik dan tujuh bilik air ini dan dilengkapi dengan kemudahan asas seperti mesin basuh, peti ais, set penapis air, tilam, elevisyen, internet, dan sofa bagi memberikan keselesaan kepada penghuninya.

Villa yang dinamakan Villa MAPIM 2, telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM MALAYSIA, (Dr.) Sani Araby Al Kahery.

Mengiringi CEO MAPIM MALAYSIA dalam majlis perasmian ini adalah Setiausaha Agung MAPIM MALAYSIA Mejar Bersekutu (PA) Zulhanis Zainol, Bendahari MAPIM MALAYSIA Kapten Bersekutu (PA) Haji Faris Hussain, Pengurus Ladang Ummah Kapten Bersekutu (PA) Nik Aziz dan Pengurus Merhaba Store, Tuan Hidayat Abdullah, Chief MAPIM Ranger, Azahari dan juga Pengurus Ummah Prima, Marina Sulaiman.

Menurut (Dr.) Sani Araby Al Kahery

Dr. Sani Araby Al Kahery, Ketua Eksekutif MAPIM Malaysia

“Kita sentiasa mengutamakan sukarelawan yang berkhidmat untuk MAPIM. Kebajikan mereka sentiasa kita jaga. Villa MAPIM 2, adalah antara usaha MAPIM bagi memastikan sukarelawan ini akan semakin selesa dan terus bersemangat dalam memberi khidmat kepada Ummah.”

Untuk rekod, Villa MAPIM yang pertama terletak di Batisehir, Istanbul Turki. Yang menempatkan sukarelawan yang berkhidmat sama ada di Syria dan negara-negara Eropah seperti Bosnia.

Related Articles

Back to top button