Rakyat Turki beserta kerajaannya terkenal sebagai kumpulan masyarakat Islam yang kuat serta teguh dalam menjadi front liner membela kebanyakkan negara Islam termasuklah berkait isu penjajahan Masjid suci Umat Islam iaitu Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis-Palestin
Semangat Santun Ummah cara Ottmaniah yang menjadi kebanggan mereka sentiasa diperlihatkan menerusi tindak kerja organisasi kemanusiaan Turki hatta kerajaannya ke seluruh dunia.
Video yang tular dalam sosial media mengerunkan Israel Laknatullah apabila kelihatan sekumpulan besar jemaah Turki dalam berpakaian Ihram serba putih melaungkan kalimat ‘Bir Ruh, Bid Dam, Nafdika Ya Aqsa‘, sewaktu melakukan ibadah sai di Masjidil Haram, Mekah!
Laungan ini dapat dirasai gema dan semangatnya saat dilaungan dalam masjid suci kedua ummat Islam menyeru pembebasan Al-Aqsa yang merupakan kiblat pertama Umat Islam.
Maksud Laungan yang dilafazkan dalam bahasa Arab ini adalah ‘Dengan Roh, Dengan Darah, Kami Mempertahankanmu Ya Aqsa’!
Saat Masjidil Aqsa, Bumi Gaza dan Palestin seluruhnya diperlakukan rakus serta kejam oleh regim Israel Laknatullah, Umat Islam yang ramai diseluruh dunia seakan kaku, buta dan bisu tidak berani bangkit secara konsisten untuk melawan regim Laknatullah ini?
Jawapannya ada kita mampu! Dengan formula bersatu menjadi Ummah yang kuat, kita berupaya menjatuhkan dan mengancam regim laknat ini dengan kempen boikot dan lainnya secara effektif dan terancang. Ayuh terus kita menyokong pembebasan Palestin dengan berdoa, bersatu cakna isu semasa dan hulurkan bantuan menerusi pelbagai organisasi kemanusiaan Malaysia.
________________________________________
AYUH MENYUMBANG KE TABUNG KEMANUSIAAN GAZA (MAPIM)
_________________________________________
Salurkan Sumbangan Menerusi Maybank
(Tabung Kemanusiaan MAPIM)
Akaun No : 5622-6354-0066
Boleh emailkan slip sumbangan kepada admin@mapim.org atau hubungi talian hotline Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) di talian 1300-888-038