DuniaSemasa

Veteran Perang Dunia ke-2 menerima sijil sekolah pada umur 98 tahun

SAN ANGELO : Veteran Perang Dunia II dari Texas menerima sijil sekolah menengahnya minggu ini, 79 tahun setelah pendidikannya terhenti kerana perlu ke medan perang.

“Saya tidak pernah lulus sekolah menengah,” Don Huisenga (98 tahun), memberitahu KTXS News dari Abilene.

Don Huisenga mengaku dikerahkan dalam operasi tentera pada 1943. Setahun kemudian dia  ke Normandia, Perancis sebagai salah satu pasukan payung terjun  elit. Huisenga kemudian cedera dan ditangkap oleh Jerman.

“Saya tercampak ke belakang 30 kaki (hampir 10 meter) dan digendong oleh dua kanak-kanak lelaki Poland,” kata Huisenga.

“Mereka menjemput saya dan yang saya miliki hanyalah kemeja robek dan seluar pendek.”

Dia sedang berehat di hospital ketika ditangkap dan menjadi tawanan perang. Dia ketika itu memiliki berat 80 kg, menjadi hanya 45 kg setelah lapan bulan ditawan, katanya kepada Fox West Texas.

Huisenga dibesarkan di Iowa. Dia kemudian menetap di San Angelo, Texas setelah perang. Seorang pekerja sosial setempat mendengar penyesalan Huisenga kerana tidak lulus dan menghubungi pejabat sekolah di daerah kelahirannya.

“Saya langsung tahu bahwa kami harus mewujudkan ini (kelulusan),” kata Kevin Litterer, seorang pegawai di Sekolah East Sac County (Iowa). Litterer segera ke ke San Angelo bagi membantu mempersembahkan Huisenga sijil sekolah Auburn 1943 rasminya minggu ini, dalam sebuah majlis di Klinik San Angelo VA yang dirayakan oleh keluarga dan teman-teman Huisenga.

“Gembira betul. Saya tidak mungkin lebih gembira daripada saat ini,” kata Huisenga.

– Kompas

Related Articles

Back to top button