Zaventem : Seramai tujuh orang penghuni pusat jagaan orang tua di Belgium meninggal akibat varian baru Covid-19, B.1.621 yang pertama kali dikesan di Colombia. Kesemuanya berumur antara 80 sehingga 90 tahun.
Ketujuh-tujuh pesakit tersebut meninggal walaupun telah disuntik penuh vaksin covid-19, kata pasukan virologi yang melakukan ujian pada Jumaat (6/8/2021).
Memetik Reuters, pasukan virologi memaklumkan varian B.1.621 juga dikesan dalam beberapa minggu terakhir di Amerika Serikat (AS), tetapi kes di Eropah sangat jarang ditemui.
Pusat Pencegahan dan Pengendalian Penyakit Eropah memasukkan varian B.1.621 sebagai sebahagian daripada varian Kappa, bukan sebagai varian yang tersendiri.
Beberapa orang daripada mereka memang dalam keadaan kesihatan yang buruk, kata Marc Van Ranst, pakar virologi di University of Leuven yang melakukan ujian pada virus yang ditemukan di pusat jagaan orang tua itu.
“Mengkhuatirkan,” kata Van Ranst, mengomentari fakta yang warga emas tersebut meninggal walaupun telah mendapat dos penuh vaksin Covid-19.
Sejauh ini para pengkaji belum pasti apakah varian B.1.621 lebih mudah menular daripada varian lain.
Di Belgium, varian B.1.621 saat ini menyumbang kurang dari 1 peratus kes Covid-19 yang diketahui, sedangkan di AS ia sudah mencecah dua peratus.
Di pusat jagaan orang tua di Zaventem, 21 penghuni terinfeksi varian tersebut bersama dengan beberapa orang staf, kata Van Ranst kepada Reuters. Staf yang terjangkit hanya mengalami gejala ringan.
Van Ranst menjelaskan, varian virus corona yang dominan di Belgium dengan sekitar 95 peratus jangkitan adalah Delta, diikuti oleh Alpha yang sebelumnya dominan di Britain.