Covid19DuniaSemasa

Vaksin dos penggalak lawan Omicron mungkin tersedia seawal Mac 2022 – Moderna

Moderna kini sedang giat membangunkan vaksin dos penggalak khas bagi mengekang varian baharu Omicron.

Presiden Moderna, Stephen Hoge berkata, beliau percaya mutasi dalam varian Omicron yang baru ditemui itu dapat disasarkan melalui pengambilan suntikan dos penggalak.

Ia dilihat merupakan cara terpantas untuk menangani dan meningkatkan keberkesanan vaksin.

Menurutnya, Moderna kini sudah memulakan program penghasilannya, termasuk dos penggalak bagi empat jenis varian lain secara khusus.

Namun, ujian klinikal peringkat pertengahan diperlukan dan ia mengambil masa tiga atau empat bulan menurut panduan awal daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA).

Dalam pada itu, pihaknya kini membuat persediaan rapi untuk memfailkan kelulusan AS seawal Mac.

Jelasnya lagi, FDA sedang menilai ancaman terhadap perlindungan vaksin berpunca daripada varian Omicron.

– AWANI

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button