KUALA LUMPUR: Seramai 22,864,655 individu atau 97.7 peratus populasi dewasa negara ini, sudah lengkap dos vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman COVIDNOW, sebanyak 23,155,545 individu atau 98.9 peratus daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi populasi remaja pula, sebanyak 87.6 peratus atau 2,758,498 individu berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap vaksinasi mereka, manakala 2,849,786 individu atau 90.5 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.
Sementara itu, sejumlah 208,327 dos vaksin diberikan semalam yang melibatkan 2,768 dos pertama, 3,843 dos lengkap dan 201,716 dos penggalak.
Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kepada 58,055,878 dos termasuk 6,627,119 dos penggalak. – BERNAMA
Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today