Jakarta : Tiga puluh tahun lagi, bahagian utara Jakarta diramalkan akan tenggelam menjadi sebahagian Laut Jawa, sekiranya tidak ada usaha bagi mencegahnya daripada sekarang. Ramalan itu dikeluarkan oleh firma penyelidik Fitch Solutions Country Risk & Industry Research.
Berdasarkan data Fitch Solutions Country Risk & Industry Research, projek pembinaan infrastruktur pelabuhan dan air di Jakarta menelan belanja bernilai 62.3 bilion USD.
Sebahagian besar pembangunan infrastruktur ini berasal daripada pembangunan tembok laut raksasa atau giant sea wall dengan nilai 40 bilion USD. Infrastruktur air ini dirancang bagi melindungi pantai utara Jakarta daripada kenaikan air laut dan mengurangi risiko banjir. Kemajuan projek ini perlahan kerana timbulnya kerisauan kesannya kepada alam sekitar terutamanya industri perikanan.
Namun pihak kerajaan Indonesia tidak punyai pilihan kerana kenaikan air laut di Jakarta dan sekitarnya semakin meruncing. Sekiranya tidak dicegah awal, akan lebih banyak sektor ekonomi akan terjejas.
Kenaikan air laut bukan sahaja mengancam Jakarta, tetapi juga kawasan Indonesia yang lain. Memetik laporan Fitch, “Kami berharap pembangunan infrastruktur di Kalimantan Utara juga mempertimbangkan risiko ini (banjir).”
Sumber : Kompas.com