DuniaSemasa

UNICEF kutuk pembunuhan 35 orang termasuk kanak-kanak di Myanmar

NEW YORK : Insiden pembunuhan dan pembakaran 35 orang termasuk empat kanak-kanak dan dua pegawai Save the Children di Timur Myanmar dikecam sekeras-kerasnya oleh Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-bansa Bersatu (UNICEF)

“UNICEF terkejut dan sedih dengan laporan pembunuhan dan pembakaran sekurang-kurangnya 35 orang, termasuk empat kanak-kanak dan dua kakitangan organisasi kemanusiaan Save the Children, di Negeri Kayah di Timur Myanmar pada 24 Disember,” kata kenyataan itu.

Menurut UNICEF, laporan yang boleh dipercayai menunjukkan bahawa serangan itu telah mengorbankan empat kanak-kanak, termasuk dua remaja lelaki berusia 17 tahun, seorang remaja perempuan dan seorang kanak-kanak berumur lima hingga enam tahun.

“UNICEF mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas orang awam, kanak-kanak dan petugas kemanusiaan itu.

Selaras dengan undang-undang kemanusiaan antarabangsa, kanak-kanak, orang awam, dan pekerja kemanusiaan haruslah diberi keutamaan dari aspek perlindungan ketika berlakunya konflik,” kata Pengarah Serantau Asia Timur. dan Pacific Debora Comini.

Dua petugas Save the Children, yang kematian mereka disahkan hari ini, terbunuh semasa dalam perjalanan pulang ke pejabat pertubuhan itu di Loikaw selepas menyampaikan bantuan kemanusiaan di komuniti berhampiran, kata kenyataan itu.

-AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button