KerohanianSemasa

Umat Islam diseru tinggakan sikap keakuan

ARAFAH: Umat Islam di Malaysia diseru supaya meninggalkan sikap keakuan atau berasa megah dengan diri sendiri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar ketika menyampaikan khutbah Arafah pada Hari Wukuf hari ini, berkata mereka sebaliknya perlu bersikap rendah diri antara satu sama lain dan menyerahkan sepenuh keabdian serta ketaatan kepada Allah SWT.

Buangkan sifat takabbur yang bersarang dalam diri. Jangan berasa diri kita lebih baik, lebih mulia dan lebih besar berbanding orang lain.

“Ingatlah bahawa sikap keakuan inilah yang telah mencampakkan iblis dan syaitan menjadi makhlukNya yang ingkar ketika disuruh untuk sujud kepada Nabi Adam AS“, katanya.

Beliau berkata dengan hanya memakai dua kain putih, ibadat haji mengajar erti menginsafi kekurangan dan kelemahan diri selain lambang kesamarataan di hadapan Allah SWT.

Dr Mohd Na’im berkata harta, jawatan, rupa paras bukanlah kelebihan yang menjadi ukuran tetapi hanya ketakwaan yang dilihat Allah SWT.

“Sekembalinya kita nanti, kita pulang dengan semangat baharu untuk terus istiqamah menjadi hambaNya yang bertakwa, dan menjalani lembaran hidup baharu yang suci dari dosa dan noda“, katanya.

Setelah selesai Khutbah Arafah, jemaah haji melaksanakan solat jamak takdim Zuhur dan Asar secara tamam dan disusuli talbiah dan zikir.

Terdahulu, Dr Mohd Na’im meluangkan masa melawat khemah penempatan serta beramah mesra dengan jemaah Haji Muassasah di sini.

Malaysia menerima kuota haji berjumlah 31,600 jemaah daripada Kerajaan Arab Saudi bagi musim haji 1444 Hijrah ini.


BACA JUGA

Arafah, Muzdalifah dan Mina tempat wajib jemaah Haji

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button