RamadanSemasa

Umat Islam di Malaysia mula berpuasa pada Khamis

KUALA LUMPUR: Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan..!

Umat Islam di seluruh negara akan mula berpuasa esok Khamis, 23 Mac 2023.

Tarikh itu seperti yang diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad secara langsung menerusi siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebentar tadi.

Beliau berkata, tarikh itu ditetapkan bagi negeri-negeri di seluruh negara mengikut perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Terdahulu, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menetapkan tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia adalah pada hari ini, 22 Mac, bersamaan 29 Syaaban 1444 Hijrah.

Jawatankuasa berkenaan melihat anak bulan Ramadan di 29 lokasi berbeza di seluruh negara.

Kaedah penetapan tarikh permulaan Ramadan adalah berdasarkan rukyah dan hisab, seperti dipersetuji Majlis Raja-Raja.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button