DuniaSemasa

Ukraine lancar ‘tentera IT’, sasar ruang siber Rusia

LONDON : Ukraine cadang wujudkan “tentera IT” dengan menyasarkan ruang siber Rusia susulan pencerobohan digital yang dilakukan negara itu.

Naib Perdana Menteri, Mykhailo Fedorov dalam satu kenyataan menerusi laporan khas Reuters,  berkata Ukraine menggesa penggodamnya untuk membantu melindungi infrastruktur kritikal dan menjalankan misi pengintipan siber terhadap tentera Rusia.

“Kami sedang mewujudkan tentera IT,” ujar Fedorov dalam satu ciapan di Twitter yang dipautkan ke saluran aplikasi Telegram yang menerbitkan senarai laman web Rusia yang terkenal.

“Akan ada tugas untuk semua orang. Kami terus berjuang di hadapan siber.” tambahnya.

Saluran Telegram yang menyenaraikan 31 laman web perniagaan utama Rusia dan organisasi negara termasuk sumber tenaga gergasi Gazprom, pengeluar minyak kedua terbesar Rusia Lukoil, tiga bank dan beberapa laman web kerajaan.

Menurut penyelidik di firma keselamatan siber ESET, sejak minggu lalu, perisian penghapusan data ditemui berlegar di ruang siber Ukraine yang dilihat berniat jahat.

Justeru, Ukraine menyifatkan insiden penggodaman itu berkait rapat dengan negara jiran iaitu Rusia.

Bagaimanapun, Rusia telah menafikan dakwaan tersebut.

Related Articles

Back to top button