Ujian vaksin Covid-19 jenis semburan hidung dijalankan di Rusia
MOSCOW : Ujian vaksin Covid-19 jenis semburan hidung dilaksanakan di Russia dalam kalangan kumpulan sukarelawan dewas.
Negara itu sebelum ini dengan segera membangunkan vaksin jenis Sputnik V ketika pandemik Covid-19 melanda tahun lalu, namun disebabkan ramai penduduk tidak mempercayai pihak berkuasa serta tidak yakin langkah terebut berjalan perlahan.
Menerusi dokumen yang diterbitkan oleh pendaftar perubatan negara, ujian penyembur hidung vaksin Sputnik V itu akan dilaksanakan menerusi dua dos di sebuah klinik di St Petersburg, bagaimanapun ia tidak menjelaskan tempoh perancangan ujian klinikal.
Terdahulu, Presiden Vladimir Putin, berkata susulan negara itu mencatat kematian sehari tertinggi selepas pandemik bermula beliau menggesa kempen vaksinasi dipercepatkan.
Penguat kuasa Russia pada Jun lalu berkata, vaksin semburan hidung adalah sesuai terhadap kanak-kanak berusia lapan hingga 12 tahun sedang diuji dan perancangannya adalah melancarkan produk baharu itu pada September.
– AGENSI