PendidikanSemasa

UiTM anjur bacaan Yassin serentak di seluruh negara, 4 Feb – 8:00 pagi

Julung kali buat warga UiTM

Inisiatif menerusi program UiTM Prihatin itu akan dilaksanakan serentak dan bersiaran langsung secara maya dengan galakan pembabitan warga UiTM di seluruh negara, jam 8 pagi, pada 4 Februari ini.

Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Datuk Dr Ir Mohd Azraai Kassim, berkata sebagai institusi pengajian tinggi terbesar dan mempunyai cawangan di seluruh negara, UiTM terpanggil untuk melaksanakan inisiatif terbabit.

Katanya, ia bagi menunjukkan keprihatinan terhadap kesejahteraan negara, khususnya dalam menangani pandemik COVID-19 dan bencana banjir.

“Saya mengajak seluruh warga UiTM, bersama-sama untuk menyertai majlis itu anjuran Bahagian Hal Ehwal Islam, pejabat Naib Canselor, UiTM Shah Alam dengan kerjasama pusat tanggungjawab jabatan dalam sistemUiTM seluruh negara.

“Bersama kita berjaya, bersatu kita kekal tabah, patuh dan sihat. Bersama kita prihatin untuk Malaysia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

 

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button