Dunia

UAE umum kerja 4.5 seminggu, paling singkat di dunia

ABU DHABI : Tempoh minggu bekerja baharu akan dilaksanakan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) bermula 1 Januari 2022 iaitu hanya empat hari setengah seminggu, sekali gus menjadikan tempoh bekerja paling singkat di dunia.

Kerajaan UAE memaklumkan waktu kerja bagi Isnin hingga Khamis adalah bermula pada pukul 7.30 pagi hingga 3.30 petang, manakala bagi hari Jumaat, waktu bekerja bermula pada pukul 7.30 pagi hingga 12 tengah hari.

Kemudahan untuk memilih bekerja dari rumah diberikan terhadap pekerja kerajaan pada hari Jumaat dan mengikut susunan jadual waktu bekerja mengikut masa yang fleksibel.

UAE merupakan negara pertama di dunia yang melaksanakan minggu kerja peringkat nasional yang lebih pendek berbanding negara-negara lain seluruh dunia dengan amalan bekerja lima hari seminggu.

Keputusan tersebut merupakan sebagai langkah untuk meningkatkan keseimbangan kerja dan kehidupan serta kesejahteraan sosial di samping menambah baik prestasi bagi mempromosikan daya saing ekonomi.

Ia juga dilihat dapat menghubungkan UAE dengan pasaran global secara lebih baik dari sudut ekonomi, sekali gus mencerminkan kedudukan strategik negara itu di peta ekonomi global.

– AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button