DuniaSemasa

Turkiye percepatkan kerja bina semula rumah bagi mangsa gempa

ANTAKYA : Turkiye telah mempercepatkan rancangan untuk menempatkan mangsa gempa bumi yang melanda wilayah sempadannya dengan Syria, kata menteri dalam negeri, ketika jumlah kematian di kedua-dua negara menghampiri 50,000 mangsa.

Suleyman Soylu berkata 313,000 khemah telah didirikan, dengan 100,000 rumah kontena akan dipasang di zon bencana Turkiye dan Syria.

Jumlah orang yang terkorban di Turkiye telah meningkat kepada 43,556, kata Soylu, manakala di Syria angka kematian hampir 6,000.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata lebih 4,500 terbunuh di barat laut Syria yang dikuasai pemberontak, dan kerajaan Syria berkata 1,414 orang maut di kawasan bawah kawalannya.

Menurut Soylu, lebih 600,000 pangsapuri dan 150,000 premis komersial mengalami sekurang-kurangnya kerosakan sederhana.

“Bandar kami akan dibina di tempat yang betul, anak-anak kami akan tinggal di bandar yang lebih kuat. Kami tahu jenis ujian yang kami hadapi, dan kami akan keluar daripada ini dengan lebih kuat,” katanya.

Kira-kira 865,000 orang tinggal di dalam khemah dan 23,500 di rumah kontena, manakala 376,000 berada di asrama pelajar serta rumah tumpangan awam di luar zon gempa, kata Erdogan pada Selasa.

Bagi anda yang ingin turut serta dalam Misi Bantuan Kecemasan Gempa Turkiye – Syria, boleh terus menyalurkan sumbangan menerusi

Tabung Kemanusiaan MAPIM

Akaun Maybank  : 5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button