DuniaSemasa

Turki tutup isu pembelian sistem pertahanan S-400 dari Rusia

ISTANBUL : Turki yang merupakan ahli dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) telah membeli sistem pertahanan peluru berpandu S-400 dari Rusia.

Jurucakap Presiden Turki, Ibrahim Kalin, berkata pembelian tersebut ialah “isu tertutup” dan menegaskan negaranya, yang mempunyai tentera kedua terbesar dalam NATO, memerlukan sistem demikian.

“Kami telah memberitahu rakyat Amerika dan lain, bahawa keseluruhan fail S-400 telah ditutup,”

“Pihak kami tidak berfikir untuk menghantarnya ke mana-mana,” jelasnya ketika ditemu bual oleh pihak CNN.

Selain itu, sekiranya Amerika Syarikat ingin membantu sekutu NATO seperti negara Turki, Kalin, mencadangkan Amerika Syarikat menjual sistem pertahanan peluru berpandu Patriot dan senjata berkualiti lainnya yang diperlukan oleh tentera Turki.

Pembantu kanan, Presiden Recep Tayyip Erdogan, berkata, mereka percaya sekutu NATO perlu membantu antara satu sama lain.

“Saya rasa perang di Ukraine ini sekali lagi menunjukkan kepentingan dan kita harus bersatu bukan dalam perkataan, tetapi dalam tindakan,”

“Jika negara NATO mengelak daripada menjual sistem pertahanan kepada sekutu mereka, pakatan apakah itu?” tambah Recep.

Kalin ditanya bagaimana beliau boleh memandang tepat ke mata presiden Ukraine apabila Turki mendapatkan sistem S-400.

“Saya perlu bertanya soalan mengenai sekutu lain yang memiliki sistem pertahanan yang lebih maju daripada S-400,” jawab beliau.

Terjemah dari: Middle East Monitor

Oleh: Wartawan Pelatih, Hasanah Yusof

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button