DuniaKemanusiaanPalestinSemasa

Turki kutuk serangan Zionis di Aqsa, Sheikh Jarrah

menggunakan bom tangan

ISTANBUL : Menteri Luar Turki,  Mevlut Cavusogl mendesak Israel untuk berhenti memperluaskan penempatan haram di Timur Baitulmaqdis. Beliau berkata demikian sambil mengulangi sokongan terhadap Palestin.

Cavusogl berkata demikian dalam satu kenyataan bersama dengan rakan sejawatannya dari Palestin,Riyad al-Maliki di ibu negara Ankara. Turki.

Sementara itu, Çavuşoğlu turut mengutuk serangan dan serbuan yang dilakukan oleh tentera Zionis di Masjid Al Aqsa di Baitul Maqdis serta menembak para jemaah Palestin menggunakan peluru getah dan senjata pegun.

Turki juga katanya bersiap sedia untuk memberikan segala bantuan kepada Palestin untuk memastikan pilihan raya Palestin berjalan dengan baik dan mengikut piawaian antarabangsa.

       NATO ally France working to ramp up Russian presence in Libya: FM Çavuşoğlu | Daily Sabah

“Israel perlu berhenti melakukan usaha penempatan haram di BaitulMaqdis Timur,” kata Cavusogl.

Pengarah Komunikasi Presiden Fahrettin Altun juga menyatakan keprihatinannya nasib Palestin selepas polisi penempatan haram Yahudi  yang tidak berpihak kepada mereka. Malah beliau turut mengutuk keras serangan Israel itu yang mensasarkan Masjid Al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam.

          Digital fascism one of the biggest threats faced by Turkey, Altun warns

“ Kami mengikuti rapat polisi penjajahan Israel dan keganasan yang dilakukan dan tindakan ke atas Palestin itu membimbangkan”- Pengarah Komunikasi Presiden Fahrettin Altun

Jurucakap Presiden Ibrahim Kalın juga mengutuk keras kebiadapan polis Israel kerana menyerang Masjid Al-Aqsa dengan bom tangan.

Beliau mendesak pihak berkuasa  Israel segera meninggalkan daerah itu dan segera menghentikan “serangan keji dan sembrono.” –  Daily Sabah

Oleh : Arif Ikhwan – Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi UiTM 

Related Articles

Back to top button