Turki kini secara rasmi akan dikenali sebagai Turkiye
NEW YORK : Turki secara rasmi akan dikenali sebagai Turkiye, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Jurucakap PBB, Stephane Dujarric berkata, semua bahasa dan penukaran menggunakan nama tersebut dan akan berkuatkuasa serta-merta.
Menurut laporan Al-Jazeera, PBB sebelum ini sudah menerima surat dari Ankara yang mahu menukar nama negara itu dari Turki kepada Turkiye.
Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres menyaksikan Menteri Luar Turki, Mevlut Cavasoglu berkongsi gambarnya mendatangani surat yang dihantar ke PBB sehari sebelum itu.
“Dengan surat yang saya tandatangan dan dihantar ke PBB, nama negara kami akan ditukar kepada Turkiye.
“Penukaran ini secara tidak langsung akan menamatkan proses ‘meningkatkan nilai jenama negara kami’ yang sebelum ini diusahakan oleh Presiden Recep Tayyip Erdogan,” katanya.
Dalam pada itu, negara itu sedang dalam proses penukaran nama jenama produk keluarannya kepada ‘dibuat di Turkiye’ sejak beberapa tahun lalu.