
ANKARA : Turki melaporkan kes pertama varian Covid-19 terbaharu Omicron pada Sabtu.
Menteri Kesihatan, Fahrettin Koca berkata satu daripada kes itu dilaporkan di bandar terbesar Turki, Istanbul dan lima kes di wilayah barat Izmir.
“Keenam-enam kes tersebut tidak perlu menerima rawatan di hospital berikutan gejalan dialami oleh pesakit sangat ringan.
“Apa yang perlu dilakukan ialah rakyat kita meneruskan langkah berjaga-jaga seperti yang telah mereka lakukan setakat ini,” katanya.
Terdahulu, varian baharu itu ditemui oleh para saintis di Afrika Selatan pada bulan lalu dan boleh bermutasi dengan kadar tinggi serta mudah dijangkiti.
Berikutan itu, banyak negara melaksanakan penutupan sempadan dan tidak menerima pengembara dari negara-negara Afrika.
-AGENSI