Semasa
Turki hantar bantuan perubatan ke Vietnam
ISTANBUL : Turki telah menghantar bantuan perubatan ke Vietnam sebagai sebahagian daripada perjanjian kerjasama kesihatan antara Ankara dan Hanoi.
Sumbangan itu termasuk 10 ventilator, 10 monitor pesakit, 20,000 topeng N95, 4,000 overall, 100,000 kit ujian PCR, 100,000 unit pengekstrak asid nukleik virus, dan cecair pengawet organ.
Konsainan itu mendarat di Vietnam susulan perbualan telefon antara Naib Presiden Turki Fuat Oktay dan Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh pada Oktober tahun lalu.
-AGENSI
Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM