Dunia

Tunjuk perasaan desak Presiden Brazil, Jair Bolsonaro letak jawatan

RIO DE JANEIRO : Puluhan ribu penunjuk perasaan berarak di Sao Paulo protes terhadap Presiden Jair Bolsonaro dan mendesak beliau meletak jawatan atas kegagalannya menangani pandemik.

Jumlah orang yang hadir dalam demonstrasi itu lebih kecil daripada yang menyokong Bolsonaro pada 7 September lalu dianjurkan oleh parti Haluan kiri dan beberapa gerakan kesatuan yang dikaitkan dengan Parti Pekerja bekas Presiden Luiz Inácio Lula da Silva.

Da Silva dijangka akan bertanding menentang Bolsonaro pada pilihan raya presiden Brazil pada 2 Oktober 2022.

Tunjuk perasaan tersebut mensasarkan presiden kerana kegagalan menangani wabak Covid-19 dan Bolsonaro yang tidak diberi vaksin dan sering tidak memakai topeng pelitup muka seolah meremehkan wabak virus yang telah meragut banyak nyawa.

Sebanyak 597,000 telah meninggal dunia akibat Covid-19 di Brazil, sebuah negara dengan populasi 212 juta orang. Penunjuk perasaan juga protes kenaikan inflasi di kawasan utama seperti makanan dan elektrik.

“Agak menyakitkan apabila melihat kesihatan dan pendidikan dihancurkan, dan ada banyak orang yang kelaparan di negara ini,” kata Marilena Magnano, seorang pesara berusia 75 tahun, kepada The Associated Press.

“Bolsonaro perlu keluar dari kerajaan, waktunya telah berlalu”.

Tahap penerimaan presiden telah menurun secara berterusan sepanjang tahun, tetapi beliau tetap jauh lebih popular daripada presiden sebelumnya.  Dilma Rousseff dari Parti Pekerja pada tahun 2016.

Lebih 100 permohonan untuk menyingkirkan Bolsonaro diserahkan kepada Dewan Rakyat, tetapi ketuanya, Arthur Lira, seorang sekutu kerajaan enggan menerimanya.

Perpecahan di antara pembangkang adalah alasan utama penganalisis menganggap tidak mungkin ada tekanan yang cukup bagi Lira untuk membuka proses pendakwaan.

-AGENSI

Related Articles

Back to top button