Semasa

Tunjuk perasaan bantah Olimpik Tokyo

Kerana kes covid-19 membimbangkan

TOKYO : Acara pembukaan Olimpik Tokyo adalah acara pembukaan olimpik yang paling sunyi pernah diadakan. Ini kerana penonton tidak dibenarkan masuk ke stadium bagi menekan penularan virus covid-19.

Namun itu tidak menghalang ratusan orang berkumpul di luar stadium bagi tunjuk perasaan menolak Olimpik Tokyo 2021.

Mereka berteriak, “Kami tidak mahu olimpik di negara ini! Tidak ada olimpik!”

Sebelum hasil survei yang dijalankan, menunjukkan majoriti penduduk Jepun menentang pelancaran sukan olimpik semasa musim pandemik covid-19.

Kes covid-19 di Jepun agak membimbangkan kerana pihak berkuasa di sana tidak melaksanakan ujian calitan Covid-19 secara besar-besaran, dan angka kes covid-19 kelihatan lebih kecil berbanding yang diramalkan oleh pakar.

Para penunjuk perasaan menggunakan pembesar suara, dan gendang bagi memeriahkan perhimpunan mereka. Mereka juga menari dan beberapa orang memegang sepanduk bantahan.

Pihak polis terpaksa membentuk barisan bagi mengawal penunjuk perasaan dan lalu lintas.

Tunjuk perasaan itu berakhir sejam kemudian.

 

Related Articles

Back to top button