DuniaSemasa

Tunang syahid angkara kekejaman zi0nis

Abir dan tunangnya, Ismail Dweik hanya sempat bertunang untuk tempoh dua bulan

RAFAH: Pencerobohan rejim Israel terhenti seketika ini selepas masing-masing bersetuju dengan gencatan senjata yang dianggap perjanjian rapuh. Mungkin ianya berita gembira untuk sesetengah keluarga Palestin, tetapi tidak buat Abir Harb.

Foto sumber Quds News Network

Abir muslimah dari Rafah, Palestin ini telah kehilangan tunangnya sekelip mata dalam tragedi pencerobohan rejim Israel beberapa hari lalu.

Ayahnya, Dr. Omar Muhammad Harb cuba menenangkan anak perempuannya yang bersedih

Abir dan tunangnya, Ismail Dweik hanya sempat bertunang untuk tempoh dua bulan. Lebih menyedihkan, mereka sepatutnya bernikah dalam masa satu minggu sahaja lagi.

Difahamkan, Ismail Dweik ditemui syahid selepas serangan udara Israel dengan sengaja menyasarkan rumahnya di Rafah, sebelah selatan Semenanjung Gaza.

Pada Isnin, pejuang Palestin dan Israel bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata di Gaza seperti yang dicadangkan Kaherah.

Dalam tempoh pertempuran tiga hari bermula Jumaat itu, Kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan bahawa lebih 44 warga Palestin termasuk 15 kanak-kanak serta 4 wanita terbunuh manakala 360 cedera.

MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button