Semasa

Tular video peniaga beli nasi ayam ‘non-halal’ untuk dijual kepada pelanggan Muslim

Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today

GEORGE TOWN: Perbuatan peniaga nasi ayam yang membeli juadah di kedai bukan Islam sebelum menjualnya kepada pelanggan Muslim di Sungai Ara mencetuskan kebimbangan.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd Noor menyeru pihak berkuasa tempatan untuk mendakwa peniaga nasi ayam, itik di Sungai Ara tersebut sekiranya status halal makanan yang mereka jual diragui.

“Dia (peniaga di Sungai Ara) menipu masyarakat muslim yang bersangka baik kepada peniaga beragama Islam. Malah, pelanggan Islam semestinya memikirkan ayam itu sudah disembelih mengikut hukum syarak dan halal dimakan namun rupanya juadah tersebut di ambil dari kedai orang bukan Islam.

“Perkara ini berkemungkinan besar tidak halal. Perbuatan tersebut merupakan dosa disebabkan mereka orang Islam memakan ayam yang tidak halal ataupun sesuai dikatakan sebagai bangkai.

“Hal ini bertentangan dengan firman Allah swt di dalam al-Quran yang mewajibkan Muslim memakan makanan halal dan mengharamkan memakan bangkai” – kata Dr. Wan Salim

Sebelum ini tular video mengenai tindakan dua lelaki Melayu yang datang ke sebuah restoran bukan Islam di Paya Terubong disini bagi mengambil pesanan nasi ayam dan dipercayai untuk dijual kepada pelanggan di gerai mereka di Sungai Ara.

Video tular tersebut mendapat pelbagai reaksi dari warga maya yang mana ada dikalangan mereka mendakwa pernah menikmati juadah itu di gerai lelaki tersebut.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman memaklumkan bahawa pegawai dari Bahagian Halal JHEAIPP telah melaksanakan siasatan berhubung perkara ini.

JHEIPP akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan tersebut. Berdasarkan maklumat awal mengatakan bahawa pemilik premis perniagaan itu merupakan rakan kongsi kepada pemilik premis bukan Islam yang menjalankan perniagaan sama.

Related Articles

Back to top button