InspirasiSemasa

Tular lelaki dukung bapa sepanjang ibadah Umrah

MEKAH: Setiap tahun umat Islam akan melakukan Umrah sebagai tanda ziarah Islam ke Mekah dan Madinah yang dilakukan pada bila-bila masa sepanjang tahun.

Menarik perhatian kali ini apabila seorang lelaki mendukung bapanya yang sudah tua di belakang badannya untuk bersama-sama menunaikan Umrah baru-baru ini.

Kisah ini sama seperti Uwais Al-Qarni, seorang pemuda yang terkenal di langit kerana beliau telah mendukung ibunya dari Yaman sampai ke Mekah dengan kedua tangannya bagi memenuhi hasrat ibunya untuk mengerjakan haji.

Uwais merupakan seorang pemuda yang sangat menjaga dan menyanjungi ibunya. Oleh kerana caranya menjaga ibunya, dia merupakan seorang pemuda yang sangat istimewa sehingga doanya begitu makbul. Itulah sebabnya ramai yang menyifatkan Uwais al-Qarni sebagai pemuda yang tidak mahsyur di bumi, tetapi tersangat mahsyur di langit.

Kredit foto Twitter Quds News Network

Dari kisah ini membuktikan bahawa sungguh besar ganjaran kepada seseorang yang menjaga dan berbakti kepada kedua orang tuanya.

Berbuat baik kepada ibu bapa adalah perintah Allah swt kepada setiap insan yang bergelar anakMalah, keredhaan Allah swt juga terletak pada keredhaan ibu bapa.

BACA JUGA
Tabung Haji terus biayai kos secara bersasar jemaah Haji Malaysia

 

Related Articles

Back to top button