PalestinSemasa

Tragedi Jenin 2002 bukti kekejaman zionis sehingga kini

JENIN: Kepungan dan pencerobohan tentera israel ke atas kem pelarian Palestin semasa Intifadah Ke-2, mengakibatkan sekurang- kurangnya 52 muslim dibunuh secara beramai-ramai dan lebih 13,000 kembali menjadi pelarian pada tahun 2002.

Tragedi Jenin ini berlaku di utara Tebing Barat pada 3 April hingga 11 April 2002 dan melibatkan lima pihak iaitu Fatah, Hamas, Islamic Jihad Movement in Palestine, israel serta israel defencse forces (IDF).

Tentera israel menggunakan helikopter infantri bagi membuat serangan tetapi selepas kolum infantri israel dikalahkan, jentolak berperisai ‘Caterpillar’ digunakan untuk memusnahkan serta meratakan kawasan besar kem.

Menteri israel, Bin Azri berkata objektifnya adalah untuk ‘menukar kehidupan rakyat Palestin menjadi neraka‘.

Kira-kira 14,000 orang dalam satu persegi, kem Jenin yang ditadbir oleh Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu telah dikepung oleh israel. Mereka dihalang daripada keluar atau masuk, serta terputus bekalan elektrik, air, makanan dan perubatan.

Pada 3 April, pencerobohan kem secara rasmi bermula, mengakibatkan pertempuran bersenjata antara tentera israel dan pejuang Palestin dalam adegan peperangan bandar yang sengit.

Pembunuhan dan pembantaian berterusan selama sepuluh hari ini diikuti pula dengan 13 hari kepungan di mana tidak ada bantuan yang dibenarkan.

Kredit foto Times of Gaza

Penduduk Jenin yang terperangkap menggunakan tangan mereka sendiri bagi mengais tanah dan runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk menyelamatkan kaum keluarga yang tertimbus di dalam rumah akibat diroboh oleh jentolak serta dibedil dengan kereta kebal.

Pertempuran berakhir pada 11 April. Pasukan perubatan dari Kanada, Perancis, Itali, pegawai PBB dan ICRC bersama trak yang membawa bekalan serta air menunggu di luar kem untuk kebenaran masuk selama beberapa hari, tetapi dilarang masuk oleh tentera israel.

Tentera israel mula berundur dari kem itu sendiri pada 18 April.

Seramai 58 warga Palestin syahid dan 23 askar zionis mati.

BACA JUGA
Selepas gempa, ribut melanda bahagian tengah & utara Syria

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi

Akaun Maybank

Tabung Kemanusiaan MAPIM (Dana MAPIM):
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

 

 

 

Related Articles

Back to top button